Bukan KEKAYAAN dunia yang dikejar...BUKANkesusahan hidup yang diharapkan...BUKAN kemiskinan AKHIRAT yang dipertaruhkan...BUKAN kesenangan diri sendiri....tapi,CUMA nak lihat kehidupan kita BERUBAH...dari TIADA kepada ADA...dari SUSAH kepada SENANG...dari SEDIH kepada GEMBIRA...dari MISKIN kepada KAYA...dari KEGAGALAN kepada KEJAYAAN...mahukah ANDA bersama-sama BERUBAH...dari NEGATIF kepada POSITIF???dari SATU kepada SEMUA....hanya yang benar2 ada IMPIAN bertukar menjadi HARAPAN..

Jumaat, 23 Disember 2011

ADAM ADLI UNTUK SEMUA RAKYAT MALAYSIA.



Siapa beliau yang anda merasakan tindakannya amat luar biasa. Yang menjadi pecacai kepada kepentingan peribadi tetap akan mengutuk tindakannya. Mahasiswa/siswi dan ibubapa yang terlibat hal undang-undang AUKU akan merasa kelegaan kerana banting telah menjadi bendera yg berkibar ditiang ke6 banting tersebut. Mengapa PM ke6 menjadi takut?

Bukan KEKAYAAN dunia yang dikejar... BUKAN kesusahan hidup yang diharapkan... BUKAN kemiskinan AKHIRAT yang dipertaruhkan... BUKAN kesenangan diri sendiri....tapi, CUMA nak lihat kehidupan kita BERUBAH... dari TIADA kepada ADA... dari SUSAH kepada SENANG... dari SEDIH kepada GEMBIRA... dari MISKIN kepada KESENANGAN BERBELANJA... dari KEGAGALAN kepada KEJAYAAN... mahukah ANDA bersama-sama BERUBAH... dari NEGATIF kepada POSITIF??? dari SATU kepada SEMUA yg BERHAK.... hanya yang benar2 ada IMPIAN bertukar menjadi HARAPAN..

Jangan kau sangsi kemana arah mu,
Langkah mu tidak sumbang,
Jangan kau ragui keyakinan mu,
Yang ZALIM/PENGKIANAT/KORAP kita tentAng.


Rabu, 31 Ogos 2011

“Sekilas Itu Realiti, Realiti Itu Kehidupan”

Secara peribadi, sedikit kecewa dan seakan menitis air mata dewasa kerana kacau bilau menghuruharakan Pemerintah PR dibeberapa buah negeri oleh umno. Tapi perjuangan ISLAM tidak pernah kalah malahan kacaubilau itu ada Hikmah nya. Mungkin kita ada kelemahan dari beberapa sudut dan sedikit alpa dalam beberapa bab sehingga jika kita terus di buai kemenangan berterusan kita akan lalai dan leka. Lalai dari kehendak tuan Alam dan amanah sebagai khalifah Allah .

Dari sudut Islam, menang atau kalah di dalam perjuangan itu penting. Tetapi yang lebih penting ialah ketika menang atau kalah, akidah, sya“Sekilas Itu Realiti, Realiti Itu Kehidupan”riat dan akhlak perlu dijaga. Jangan sebab menang lupa Allah dan jangan sebab kalah menyalahkan takdir. Jangan sebab menang lupa sembahyang dan jangan sebab kalah subuh tadi terlewat. Jangan sebab menang hilang akhlak dan jangan sebab kalah hilang pertimbangan.

Sebagai ahli .. dan pendokong agama Allah swt harus beristiqomah dalam perjuangan kerana akhir nya kemenangan itu adalah PASTI. Untuk menang mungkin perlu pengorbanan darah kita,nyawa kita mungkin jua kemanangan itu perlukan doa kerdil kita.

Ingatlah kita akan ayat Allah swt

Wahai Tuhan Yang mempunyai kerajaan, Engkau berikan kerajaan kepada orang yang Engkau kehendaki dan Engkau cabut kerajaan dari orang yang Engkau kehendaki. Engkau muliakan orang yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan orang yang Engkau kehendaki. Di tangan Engkaulah segala kebajikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segalasesuatu.( Ali Imran ayat 26)

Sejauh mana kita kalah, kita perlu bersenyum dan setinggi mana kita menang kita perlu senyum dengan nikmat Allah swt yang Maha Luas. Perjuangan dalam menegak kan dustur Allah bukan barang kecil kerana perjuangan inilah kita mungkin di pandang hina oleh rakan kita, di putuskan hubungan oleh saudara mara kita dan di sekat harta kedudukan oleh manusia . Tapi kita perlu yakin Allah swt sentiasa bersama kita.“Sekilas Itu Realiti, Realiti Itu Kehidupan”

Dalam politik kekalahan ini yang mematangkan kita jua saya samakan dengan kehidupan kerana kegagalan itu adalah jalan baru untuk bangun.

Dare to fail… kita wajar berusaha dan tidak takut untuk kalah. Kerana kekalahan itu adalah subjective sifatnya. Kita ada Allah dan doa itu adalah senjata kita . Saidina Umar Ra pernah berkata

Kiranya aku tahu doaku tidak di makbulkan Allah maka akan aku terus berdoa dan berdoa

InsyaAllah, kemenangan pihak mustakbirin adalah tiket untuk Allah menghancurkan mereka. Allah tidak akan membela golongan mustakbirin malahan golongan musta’affin akan sentiasa di lindungi Allah.

Sabtu, 16 Julai 2011

API UNGUN SUDAH MEMBARAK.

http://www.youtube.com/watch?v=_2Mqml75F4E&feature=player_detailpage

http://www.youtube.com/watch?v=_2Mqml75F4E&feature=player_embedded

Ahad, 10 Julai 2011

Video pada 9 Julay 2011(BERSIH) rAKYAT bANGUN.


Luahan Hati Mencari Keadilan Sejati~


kami rakyat biasa mulai terasa,

kebebasan semakin ghairah dihalang,

pemimpin zalim semakin berleluasa,

akhirnya rakyat menanggung malang,



Kini berjuta rakyat turun membantah,

Pemimpin semangatnya kukuh terukir,

Seniman yang lidahnya begitu petah,

sentiasa dialun bersama zikir,



Kemerdekaan sebenar telah lama lari

adakah kita masih dibuai mimpi,

Tepuk dada tanyalah diri,

sebelum bersendirian bertemankan sepi,



Walaupun kerap kali difitnah,

walaupun hidup berpenat lelah,

Semangat kami tidak pernah punah,

menunggu saat perjanjian Allah;

Wallahualam...




Rabu, 6 Julai 2011

Pihak Bertanggungjawab Kurang prihatin. Pesakit Perlukan Bantuan.

Lawatan Mengejut RTPJ bersama AKAR


Lawatan mengejut pada jam 10 malam pada 4. julay 2011, rombongan kami mengziarahi pesakit Sdr Suhaimi yang mengalami sakit sejak setahun yang lalu dan tidak mendapat perhatian dari pihak bertanggungjawab. Bantuan hanya secara pribadi dari ADUN 51. Kini beliau tiada pendapatan saraan dan hanya isteri bekerja menjaga anak-anak jiran dengan pendapatan tidak mecukupi saraan harian. Beliau mempunyai anak-anak yang masih kecil dan juga ada yg bersekolah.

Pesakit kini tinggal dirumah sewa taman Sri Medan Sejangkang. Pesakit ini makin bertambah teruk membengkak dibahagian tengkok dan kini tidak mampu berjalan. Beliau mengadu setelah setahun berlalu membuat permohonan bantuan dari JKM dan sehingga kini tiada jawapan. Beliau juga mengadu, masaalah keuwangan juga menjadi terbatas untuk perubatan. Beliau memohon agar bantuan dari pihak tertentu, untuk perubatan. Pada sesiapa yang ingin membantu bolehlah rujuk kepada pejabat YB ADUN 51.

Isnin, 4 Julai 2011

MANIFESTO 3 GABONGAN PAKATAN RAKYAT. Menegakkan Kebenara Menentang Kezaliman.

Terlepas Pandang atau Tidak Ahli Majlis Tidak Buat Kerja?

Hari ini AKAR menerima aduan dari penduduk Taman Bakti Kg Sg Sungai Manggis bahawa longkang tidak terurus dan kotor.

Pengadu juga memberitahu bahawa pembersihan urusan taman adalah kelolaan MDKLgt. Masaalahnya kenapa longkang Taman mereka diabaikan dan tidak terurus dengan baik. Kenapa Ahli Majlis tidak bertanggungjawab keatas kontraktor berkenaan seperti tindakan memotong klim kerja dan memecat sahaja kontraktor. Pengetahuan kami sebagai penduduk taman yg telah membuat aduan kpd MDKLgt dan didapati benar sptmana aduan, MDKLgt layak memotong dari klim kontraktor berkenaan. Lihat gambar-gambar tertera …








Isnin, 27 Jun 2011

Mengapa Pimpinan Parti dan kerajaan Terlepas Pandang ?

Parlimen P112 dan DUN 51 Serta Ahli Majlis MPP Zon 5



Semalam pada jam 10.00 pm 26 Jun 2011, AKAR menerima panggilan mengejut melalui talipon yang tidak diketahui siapa pemanggilnya. Pengadu mengadu bahawa seorang pesakit yang terlantar sakit sejak November 2010 tidak mendapat perhatian. Pesakit seperti gambar tertera.









AKAR seperti biasa terus menalipon pimpinan parti, untuk memberi tahu masaalah sebenar untuk tindakan pemimpin parti yang semua maklum, mereka adalah pimpinan masyarakat dan kerajaan. Talipon pemimpin yg dimaksudkan, tiada jawapan. Setelah 2 jam kemudian, pemimpin parti yang dimaksudkan membuat panggilan balas. AKAR memberitahu perkara sebenar. Dan pimpinan tersebut meminta AKAR menalipon kepada biro masyarakat jawatankuasa parti beliau. Persoalan disini, kenapa AKAR perlu membuat aduan pula kepada mereka? Sepatutnya pemimpin parti, menyelesaikan masaalah ini untuk tindakan setelah AKAR memberitahu masaalah itu.

AKAR dan rakan dari bloger Parlimen Sepang terus pergi melawat pesakit tersebut, meninjau perkara sebenar untuk kepastian. Amat menyedihkan keadaan pesakit dan keluarga itu. Pesakit mempunyai anak seramai 6 orang yang masih kecil. Anak pertama berumur 15 tahun dan yang terakhir berumur 6 bulan.

Isteri pesakit bekerja sebagai jururawat di hospital Klang yang berpendapatan tidak mampu menampung kehidupan keluarga.

Masaalah keluarga ini AKAR akan panjangkan kepada pihak yang bertanggungjawab pada hari ini juga. Pesakit amat memerlukan kerusi roda. Pesakit tidak dapat bangun dan buang air besar serta air kecil di tempat tidor dengan bantuan anak-anak bila isteri beliau pergi kerja.

Pada sesiapa yang ingin membantu boleh terus menghubungi AKAR ditalian 01112358199. Atau boleh terus menghubungi Sdr Hadi no talian 012 6943724/ 016 9469695.


Selasa, 21 Jun 2011

MASAALAH YANG BELUM DISELESAIKAN

PANGSAPURI A dan B BANDAR SUNGAI MAS.


Pangsapuri ini beralamat Jalan Mas 33, Bandar Sungai Mas42700 banting Selangor. Flat ini telah dihuni sejak lebih 6 tahun. Masaalah mereka yang dihadapi, perlu membayar bil air yang terlalu mahal setiap bulan. Mereka merasa hak mereka dinafikan. Ramai penghuni rumah flat blog A dan B telah mengadu kepada Ahli Majlis zon 10 sejak sepanjang 3tahun lalu dan dipanjangkan ke ADUN terlibat (N52) dan kini tiada apa-apa jawapan bertulis untuk tindakan . Hanya jawapan yang diterima secara lisan dari Ahli Majlis yang mengecewakan.

Penghuni yang tinggal diflat ini merasa kecewa kerana tidak menerima sepertimana kerajaan negeri Selangor memberi air percuma 20m3. Mereka juga sama seperti yang lain membayar cukai. Mereka membuat aduan kepada AKAR untuk membantu menyelesaikan masaalah mereka. AKAR hanya dapat berjanji akan membantu untuk tindakan ini dipanjangkan kpd pihak bertanggungjawab.

Ahad, 13 Mac 2011

APA KAH IA 1 RETORIK ATAU KENYATAAN?

JANJI MB SELANGOR PD MASYUARAT EXCO GENAP 2 BULAN LEPAS

Semua orang sudah mengetahui hal peruntukan khas RM 1 juta untuk setiap ADUN di Selangor. Kenyataan ini telah disiarkan dilaman web krajaan Selangor tempoh hari. Apa yang diketahui, tidak nampak pon ia menjadi kenyataan sehingga hari ini.
Jangan ada kenyataan terbuka tetapi perkara tidak ujud. Seperti di Kuala Langat, tidak kedengaran ujud pun RM 1 juta turun kpd pembangunan sepertimana dalam kenyataan MB.
Sepertimana di Kg Sg Sedu, banyak keperluan yg lebih penting untuk dilaksanakan, ia tidak menjadi kenyataan. Pada, PRU12 lepas turun padang berkempin menjanjikan sesuatu untuk kepentingan ekonomi penduduk yg seramai pengundi lebih 1000 orang dan 80% pengundi memberi undi kpd DAP serta KEADILAN, tetapi mereka seperti dianak tirikan.
Dimana ADUN Tlk Datuk? Selama lebih 3 bulan, sebelom bubar parliman PRU12 lepas, beliau turun padang utk berkempin dan tapak pertama beliau adalah di Kg Sg Sedu. Hari ini beliau bagaikan "kacang lupakan kulit" dan setelah itu beliau juga sudah melakukan " makan kacang, kulit beliau selerakkan".

Buktikan kenyataan spt dibawah ini untuk rakyat lebih percaya dan jangan luluskan dan simpan untuk kempin PRU13. Kalau lah seperti itu yang berlaku, maka tidak hairanlah ia juga akan menjadi kenyataan untuk kalah dalam PRU13 nanti.

KENYATAAN MB SELANGOR;-

13 Jan 2011- Kerajaan negeri Selangor akan memperuntukkan RM1 juta kepada setiap ADUN Pakatan Rakyat untuk diagihkan dalam tempoh tiga bulan bagi menampung perbelanjaan membaikpulih keperluan asas di setiap kawasan.

"Setiap ADUN diberi peruntukan RM1 juta untuk menggunakan duit itu untuk pemuliharaan jalan, pembinaan jambatan dan parit-parit yang perlu dibetulkan melalui pihak berkuasa tempatan berkenaan. Oleh sebab itu kita mesti membawa pembangunan dari peringkat bawah," kata Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim pada sidang media selepas mesyuarat exco di Shah Alam, petang semalam.

Selain itu, Khalid berkata, kepimpinan kerajaan Selangor akan memperhebatkan usaha turun padang mendekati rakyat untuk membawa perubahan di peringkat dasar.

Justeru, perancangan komprehensif tiga bulan akan datang akan menentukan pengurusan negeri yang lebih cekap.

Khamis, 9 Disember 2010

Taubat Dan Pengertiannya

Pengertian taubat menurut syara ialah kembali kepada Allah dengan berpegang teguh kepada kewajipan yang diwajibkan kepada hambaNya. Meninggalkan laranganNya atau beralih dari setiap perbuatan yang dibenci kepada yang disenangi.

Orang yang bertaubat amat beruntung kerana kembali menjalankan perintah Allah dan menjauhkan larangannya. Inilah hakikat taubat sehingga Allah memberi kejayaan dan pahala kepada sesiapa yang mentaati hakikat ini. FirmanNya:

وَتُوْبُوا اِلَى اللهِ جَمِيْعًا اَيُّهَا الْمُؤْمِنُوْنَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُوْنَ.
“Bertaubatlah kamu sekalian wahai kaum mukminin! Semoga kamu mendapat kemenangan”.[1]

Al-Quran menjelaskan bahawa Allah Maha Pengasih, Penyayang dan Maha Pengampun yang sentiasa mengampunkan segala dosa hambaNya yang mahu bertaubat. FirmanNya lagi:

قُلْ يَا عِبَادِيَ الَّذِيْنَ اَسْرَفُوْا عَلَى اَنْفُسِهِمْ لاَ تَقْنَطُوْا مِنْ رَحْمَةِ اللهِ اِنَّ اللهَ يَغْفِرُ الذُّنُوْبَ جَمِيْعًا اِنَّهُ هُوَ الْغَفُوْرُ الرَّحِيْمِ ، وَاَنِيْبُوْا اِلَى رَبِّكُمْ وَاَسْلِمُوْا لَهُ مِنْ قَبْلِ اَنْ يَاْتِيَكُمُ الْعَذَابُ ثُمَّ لاَ تُنْصَرُوْنَ.

“Katakanlah! Wahai hamba-hamba Ku yang melampaui batas terhadap dirinya sendiri! Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnyanya Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Dan Kembalilah kamu kepada Tuhanmu dan berserah dirilah kepadaNya sebelum datang azab kepadamu kemudian kamu tidak dapat ditolong (lagi)”.[2]

Melalui Sifat Allah Yang Maha Pengasih dan Pengampun, Allah menjanjikan rahmat dan pengampunan dari semua dosa kepada hambaNya yang bertaubat. Allah Subhanahu wa-Ta’ala pula bertanya mengapa kamu tidak mahu bertaubat sedangkan taubat adalah amalan yang mulia di sisiNya sebagaimana firmanNya:

اَفَلاَيَتُوْبُوْنَ اِلَىاللهِ وَيَسْتَغْفِرُوْنَهُ وَاللهُ غَفُوْرٌرَحِيْمٌ.
“Maka mengapa mereka tidak mahu bertaubat kepada Allah dan memohon ampun kepadaNya? Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang”.[3]

وَرَبُّكَ الْغَفُوْرُ ذُوْ الرَّحْمَةِ

“Dan Tuhanmu Maha Pengampun lagi melimpah-limpah rahmatNya”.[4]

Oleh kerana Allah Maha Pengasih, Maha Penyayang, melimpah-limpah rahmatNya dan mencintai hambaNya yang bertaubat, maka adalah suatu kesilapan bagi seseorang yang melambat-lambatkan taubatnya sehingga menunggu pada sesuatu masa yang tertentu, seperti menunggu di hari tua, setelah menunaikan haji, setelah bersara, setelah berilmu, setelah berjaya meninggalkan maksiat, setelah berkeluarga atau sebagainya. Maka melengah-lengahkan taubat seperti ini adalah suatu kejahilan dan kesilapan yang nyata. Sebenarnya Allah menyeru agar hambaNya sentiasa bersegera meminta keampunan dan bertaubat kepadaNya sebagaimana firmanNya:

وَسَارِعُوْا اِلَى مَغْفِرَةٍ مِنْ رَّبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا السَّمَوَاتِ وَاْلاَرْضِ اُعِدَّتْ لِلْمُتَّقِيْنَ

“Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu dan kepada syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa”.[5]

Allah Subhanu wa-Ta’ala tidak akan membiarkan para hambanya bergelumang dengan berbagai dosa, oleh kerana itu Allah sentiasa membuka luas pintu taubat dan keampunannya kepada mereka yang mahu bertaubat. Allah memberikan contoh bahawa Nabi Adam dan Hawa telah bertaubat dari kesalahannya dan Allah Yang Maha Pengasih dan Penyayang menerima taubat mereka. Allah berfirman:

قَالاَرَبَّنَا ظَلَمْنَآ اَنْفُسَنَا وَاِنْ لَّمْ تَغْفِرْ لَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ.

“Keduanya (Adam dan Hawa) berdoa, Ya Tuhan kami! Kami telah menganayai diri kami sendiri dan jika Engkau tidak mengampuni kami, nescaya kami termasuk orang-orang yang merugi”.[6]
فَتَلَقَّى آدَمُ مِنْ رَبِّهِ كَلِمَاتٍ فَتَابَ عَلَيْهِ اِنَّهُ هُوَ التَّوَّابُ الرَّحِيْمِ.


“Kemudian Adam Menerima beberapa kalimat dari Tuhannya, maka Allah menerima taubatnya. Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang”.[7]

ثُمَّ اجْتَبَاهُ رَبُّهُ فَتَابَ عَلَيْهِ وَهَدَى

“Kemudian Tuhan memilihnya (Nabi Adam ‘alaihis salam), maka Dia menerima taubatnya dan memberi petunjuk”.[8]
-------------------------------------------------------------------------------------

[1] - An-Nur, 31.
[2] - Az-Zumar, 53-54.
[3] - Al-Maidah, 74.
[4] - Al-Kahfi, 58.
[5] - Ali-Imran, 133.
[6] - Al-Baqarah, 23.
[7] - Al-Baqarah, 37.
[8]- Taha, 122.

Selasa, 2 November 2010

MENGAPA ZAID BERADA DI KEADILAN?

Sebelum PRU 12 dulu, ini hujah BN terhadap BA+DAP. Masa tu Pakatan Rakyat belum ada lagi.

1. Macam mana pembangkang nak memerintah sedangkan depa tak ada pengalaman?
2. Macam mana depa nak memerintah sedangkan depa sendiri dok beramuk? Pas tak boleh duduk dengan DAP.
3. Kalau pembangkang menang, hak Melayu habih tergadai.
4. Kalau pembangkang menang, Pas jadi boneka DAP.
5. Kalau pembangkang menang, negara hancur.
6. Anwar ejen CIA, ejen Yahudi.

Apa pula manifesto BA+DAP?

1. Kita akan hapuskan rasuah dan penyelewengan.
2. Kita akan memberikan keadilan kepada semua.
3. Kita akan memberikan kebebasan bersuara dan kebebasan media.
4. Kita akan kembalikan hak rakyat.
5. Kita akan pastikan sistem yang adil, telus dan berwibawa.

Hangpa sambung la lagi. Banyak janji-janji yang dibuat oleh BA+DAP.

Itu sebelum menang. Bila dah menang?

Sekarang ramai orang-orang PKR dah mula rasa keenakan memegang kuasa. Dan bila pegang kuasa, apa yang depa cakap?

Kita kata nak bagi keadilan untuk semua tapi bila Zaid nak bertanding, kita kata dia masih baru. Kesetiaan belum teruji.

Bila umno kata Anwar ejen Yahudi dan CIA, kita melenting. Mana bukti?
Tapi bila orang kata Zaid ejen Umno…terus percaya?

Kita jadi jaguh untuk kebebasan bersuara…tapi bila ditegur, kita melenting. Ciss…kurang ajar. Kita maki Umno takpa…tapi kalau ada orang tegur kita, melenting. Kurang ajar…tak hormat pemimpin.

Kita marah Utusan kutuk kita, tapi Harakah dan suara Keadilan ada cerita yang baik tentang Umno ka? Serupa saja.

Kita kutuk SPR yang tak adil dan tak telus. Tapi bila Zaid kutuk sistem kita yang dua kali lima, kita marah.

Sambung di sini.

Khamis, 7 Oktober 2010

SALAH LAKU BURUK AHLI PARLIMAN DARI TERSALAHNYA PILIH Yang Berhormat.

Saya sebagai rakyat Malaysia dan telah menetap di Kuala Langat sejak 25 tahun yang lalu dan melibatkan diri dalam arena politik sejak DSAI terinaya angkara Dr Mahadzir akan terus berjuang untuk matlamat yang sama pada slogan yang telah DSAI janjikan. Saya tetap terus berjuang menegakkan keadilan untuk rakyat yang terinaya. Saya tidak menekan pada kesalahan Dolah sahaja tetapi saya dan rakan-rakan yang bersama saya memperjuangkan kebenaran kerana ketelusan sudah tidak ada lagi pada Parti Keadilan Rakyat di Kuala Langat. pada semua 5 calun-calun yang bertanding ketua cabang, saya/kami tidak nampak ada kejujuran memperjuangkan hak rakyat.

Calun-calun ini adalah seperti ini;-
1 Abdullah Sani= Sebagai YB dari KEADILAN tidak pernah bekerjasama untuk bersatu, malah memporak perandakan parti di K.Lgt. Dan saya lampirkan salah laku beliau spt di bawah. Saya juga telah membuat 2 laporan Polis terhadap beliau kerana saya telah diusik hingga mrngalami kecederaan kecil akibat orang suruhan beliau. Saya kaitkan dalam kes Sek 323. (jika berlarutan saya akan kemahkamah utk didakwa).

2 Norazmi Mohd Tahir= Pemangku K. Cabang(ambil alih jawatan saya sbg K.Cabang) Sejak kemenangan PR diKuala Langat, beliau tidak menjaga Parti dengan baik, malah banyak salah guna kuasa yang dilakukan.

3 David Cong= Sejak saya berada dalam kepimpinan KEADILAN K.Lgt, langsung saya tidak kenal, diambil oleh Norazmi lantik sbg naib K.Cabang(pengesahan dari YB Hee) untuk laluan mudah dilantik sbg Ahli Majlis MDKLgt. Sejak berada dlm parti dan berjawatan saya tidak nampak tanggungjawab beliau kepada parti. Hari ini, ingin meletakkan diri calon K.Cabang. (banyak salah laku yg dibuat saya tida suka).

4 Bastani Hj Dahlan= Semasa saya K.Cabang, beliau dilantik oleh saya sbg Penasihat Parti. Kini beliau dilantik dgn kuasa besar Norazmi sbg N.K.Cabang. Apa yang beliau buat untuk kebaikan parti? saya tidak nampak. yang terserlah jaga kedudukan tapi tidak bertindak untuk kesejahteraan parti utk rakyat K.Lgt.

5 Sukur= Semasa PRU12 beliau kerja kuat utk umno di DUN Morib. Bila kemenangan besar PR dan memerintah, mengaku beliau saudara kpd Tan Sri Khalid(MB Sel). Itu hak beliau. yg menjadi masaalah semasa kemenangan, beliau amah menyokong Dolah seperti abg adek. Apabila beliau tida dapat sesuatu hajat besar dari Dolah, hari ini beliau menjadikan Dolah mangsa beliau utk melawan.

Saya maksudkan kelima-lima calun itu, adalah tidak layak untuk menerajui Parti Keadilan Rakyat Cabang K.Langat. Kalau inilah yang Pimpinan Parti diPusat bersetuju, maka hadapilah kehancuran yang slogan DSAI, "RAKYAT HAKIM NEGARA".
Maknanya SATU KERTAS SATU UNDI AKAN ROSAK. Semasa PRU13 nanti.

Dibawah ini adalah laporan Polis terhadap YB Dolah Sani yang SALAH LAKU beliau Dilaporkan.
Mahukah anda memilih beliau untuk terus berada diKuala Langat dan Parti?

Mahukah anda membiar mereka spt ini membawa pengundi yg tidak tahu berpolitik untuk memilih Pemimpin masa depan Negara? Peratus yg hadir pada 26 Sept 2010, Saya dapat melihat 98% hadir kerana wang ringgit dan menjadi kuda tungangan untuk kepentingan mereka sahaja.
Sebagai bertanggungjawab kpd rakyat K.Lgt, tindakan berat saya gempor membatalkan progrem haram itu dan tidak ada sesiapa mendorong saya untuk sesuatu.

Kalau saya ahli UMNO, sepertimana S/U Agong KEADILAN membuat kenyataan pd http://www.malaysiakini.com/news/144553 saya cabar Saifuddin Nasutiun buktikan.
Kalau saya yang membuat kacau sebagai orang luar, saya ada bukti/fakta untuk pimpinan lihat, keahlian saya.(mereka boleh memutar belitkan cerita)
mereka laksanakan undang-undang, tetapi mereka kabor untuk kebenaran.

SAYA BERCAKAP ADA KEBENARANNYA. SAYA BERSUMPAH KENERAKA JAHANAM KPD SESIAPA YANG MEMFITNAH SAYA SERTA MEROSAKKAN NAMA BAIK SAYA DUNIA AKIRAT. SAYA MASIH BOLEH BERSABAR KERANA QURAN DAN HADIS MASIH PEGANGAN SAYA.







Laporan Polis dan kenyataan yg diatas bukan pembohongan Pengadu dan Kami Bertanggungjawab keatas segala yg disiarkan.

Ahad, 26 September 2010

SYABAS atau Kerajaan Neg Selangor MENIPU rakyat? Kenapa Syabas menuntut gantirugi sedangkan kualiti air tidak memuaskan....

Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) menuntut bayaran "pampasan" M308 juta dari kerajaan Selangor kerana mendakwa dihalang daripada menaikkan tarif air di Selangor.

SYABAS membuat tuntutan itu menerusi dua surat tuntutan bertarikh 15 Septermber lalu, kata setiausaha politik menteri besar Selangor, Faekah Husin.

Katanya, syarikat tersebut menuntut pampasan itu kerana mendakwa mengalami kerugian kerana keengganan kerajaan Selangor membenarkan tarif air dinaikkan yang dikatakan terkandung di dalam perjanjian konsesi.

"SYABAS pada masa yang sama mengugut untuk mengheret kerajaan Selangor ke mahkamah jika gagal menunaikan tuntutan mereka dan enggan mematuhi syarat perjanjian," tegas Faekah dalam satu kenyataan hari ini.

Bagaimanapun, katanya, kerajaan negeri tidak gentar dengan tuntutan SYABAS itu.

Kerajaan negeri, katanya, berpendapat syarikat itu tidak layak sama sekali untuk menaikkan tarif air sedangkan rakyat Selangor masih berdepan dengan pelbagai masalah air.

"Antaranya, bekalan air yang teruk, bekalan air yang tidak berkualiti dan peratusan air tidak berhasil (NRW) yang tinggi disebabkan penyelenggaraan paip yang buruk yang telah mengakibatkan kerajaan negeri kerugian berjuta ringgit," tambahnya.

Menurut Faekah, jika SYABAS dibenarkan menaikkan tarif air sehingga 37 peratus seperti yang disebut dalam perjanjian konsesi, harga air akan menjadi lebih mahal daripada harga petrol hari ini.

"Kerajaan negeri tidak akan membenarkan perkara ini berlaku kerana rakyat masih dibelenggu dengan kemelut ekonomi global, apatah lagi perkhidmatan air yang diberikan tidak setimpal dengan harga yang dikenakan.

"Adalah menjadi tanggungjawab kerajaan Selangor mempertahankan hak rakyat Selangor mendapatkan perkhidmatan air yang terbaik dengan harga yang berpatutan.

"Air adalah keperluan asas yang dianugerahkan Allah dan oleh itu, hanya kos minimal bagi proses rawatan air patut dikenakan," tambahnya.

Katanya lagi, konsep penswastaan yang diperkenalkan pada 1982 mempunyai matlamat jelas iaitu mengurangkan tanggungan kerajaan dalam memberi perkhidmatan asas kepada rakyat dan pada masa yang sama tidak membebankan rakyat dengan bayaran yang melampaui kemampuan.

Pengenalan konsep tersebut, tambahnya, tidak tercatatat langsung bahawa penswastaan bertujuan untuk memberi keuntungan melampau kepada mana-mana pihak apatah lagi mereka yang berkait rapat dengan pemerintah.

Pada masa yang sama, kata Faekah, kerajaan Selangor yakin mempunyai hak dan alasan yang kukuh untuk mengheret SYABAS ke mahkamah kerana kegagalannya mematuhi beberapa asas penting yang terkandung dalam perjanjian konsesi air yang ditandatangani.

"Akibat kegagalan tersebut telah merugikan rakyat Selangor sehingga mencecah jutaan ringgit," tambahnya.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, katanya, telah berulangkali menegaskan bahawa kerajaan negeri akan menentang dengan cara apa sekali pun usaha SYABAS atau mana-mana pihak yang mencabar rakyat Selangor terhadap hak mutlak air.

"Bagaimanapun, kerajaan negeri menangguhkan sebarang niat untuk menggunakan hak sedia ada (undang-undang) bagi menghormati perbincangan pihak-pihak yang terlibat dalam menyelesaikan penstrukturan semula hak konsesi air dan model perancangan yang boleh digunapakai.

"SYABAS sesungguhnya maklum akan perbincangan yang dilakukan dan adalah amat tidak wajar bagi SYABAS membuat tuntutan pampasan di peringkat ini," tambahnya.

Kerajaan negeri, katanya, akan melancarkan gerakan menyelamatkan rakyat Selangor dalam masa terdekat ini.

"Rakyat dengan ini digesa untuk bersatu bersama kerajaan negeri demi mempertahankan hak dan maruah. Percayalah, dengan usaha yang gigih dan doa yang berpanjangan usaha rakyat Selangor akan beroleh kejayaan," katanya.

Ahad, 22 Ogos 2010

SELEPAS JOHOR, kEPULAU PINANG. LEPASNI NEGERI MANA PULA?

Asri Gesa Jangan Politikkan Isu Doa Khutbah

22 Ogos - Bekas Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin menggesa Barisan Nasional untuk tidak mempolitikkan isu doa khutbah solat Jumaat.

Asri berkata tiada salahnya mendoakan panduan dan petunjuk diberi kepada pemimpin, atau mendoakan kerajaan yang bersimpati dan adil pada rakyat.

"Jangan politikkan isu ini. Saya minta Pakatan Rakyat dan juga BN untuk tidak mempolitikkannya," kata Asri, yang menambah beliau tidak tahu sejauh mana kesahihan dakwaan Umno berhubung perkara ini.

Beliau menambah apa yang tidak boleh dilakukan adalah mendoakan kesejahteraan untuk seorang pemimpin yang tidak adil, serta memanjatkan pujian-pujian akan pentadbirannya.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Dr Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini mendakwa beberapa masjid di Permatang Pauh dan Jelutong menggantikan nama Yang Dipertuan Agong kepada Ketua Menteri Lim Guan Eng dalam doa khutbah mereka.

Kerajaan Negeri dan Jabatan Agama Islam Pulau Pinang bagaimanapun menafikan mengeluarkan arahan kepada mana-mana masjid, dan berikrar menghukum mereka yang didapati berbuat demikian selepas siasatan dijalankan.

Lidah Umno bagaimanapun terus memainkan isu ini dan terbaru, khatib Masjid Jamek Padang Menora dikatakan telah menyebut nama Ketua Menteri dalam doa khutbah solat Jumaat baru-baru ini.

Imam Ibrahim Ishak berkata nama Yang di-Pertuan Agong tidak disebut dan beliau telah menegur khatib terbabit dan mengakui kesilapan yang dilakukan.

Khatib tersebut nampaknya mendoakan tuhan supaya membuka pintu hati Lim Guan Eng untuk menerima Islam.